Semua artikel

WAHAI WANITA, RAPATKAN SAF KALIAN

Taufiq Tuah12 Jun 2026 1 min bacaan

Saiz tulisan
19px
Semalam bawa isteri dan adik perempuan solat di masjid yang jauh sikit. Sajalah tukar angin. Masjidnya pun lebih besar. Bila dah balik masuk ke kereta, isteri pun meluahkan sesuatu.
Bila isteri saya menepuk bahu makcik disebelahnya ajak untuk merapatkan saf, makcik ini buat tak endah saja. Malah buat² tak perasan dan solat sahaja dgn jarak yg besar. Saya tanya, banyak ke saf yang jarak besar mcm tu? Isteri kata di masjid ini memang banyak saf betompok-tompok seperti itu.
Ini sebenarnya musibah! Bukan kah nabi perintahkan,
“Dirikan saf-saf kamu serta samakan bahu-bahu kamu dan tutuplah ruang-ruang (yang ada).” [Riwayat Abu Daud (666)]
Dari Anas bin Malik,
“Dan adalah salah seorang dari kami merapatkan dua bahunya dengan bahu temannya dan dua tumitnya dengan tumit temannya.” [HR Bukhari]
Saya tahu pasti ada alasan
"Panas lah, lelaki mana faham"
"Tak kenal lah buat apa nak rapat"
"Tak nak lah dia tah hape-hape”
"Aku nak cop kawan aku sebelah ni"
"Ni tempat letak beg telekung"
Ini semua ialah alasan yang batil. Bayangkan alasan kita tak ikut perintah Rasulullah dengan jawapan² ini!
Nasihat saya, kalau dah kena tegur tu rapatkan lah saf. Walaupun yang tegur kita tu lagi muda atau kita tak kenal. Takda aibnya pun. Ego itu tak menjamin apa². Baik lelaki mahupun wanita.
Jika org sebelah tak mau rapat, tarik je bahunya dgn perlahan, dekat dgn kita. Kalau dia buat keras badan (jahil @ ego), tolak dengan baik dia ketepi dan suruh orang belakang masuk sebelah kita. Biar kesempurnaan solat itu berlaku apatah lagi pada bulan Ramadan ini. Wabillahitaufiq.
Taufiq Tuah
22.02.26 | 04.09.47