MEREMEHKAN SEKECIL PERBUATAN
Taufiq Tuah12 Jun 2026 1 min bacaan
Saiz tulisan
19px
Saya ada kongsikan video seorang ustaz yang memperbetulkan solat. Ketika salam, selepas toleh salam kanan, terus toleh salam kiri tanpa perlu pandang depan dahulu. Perbuatan pandang depan dahulu itu tiada dalam sunnah.
Ada yang komen, apa yang dikongsikan itu isu remeh dan tak perlu dibesar-besarkan. Sebenarnya sifat ambil remeh benda-benda ibadah macam ni lah yang buatkan kita tidak cakna atas sunnah² kecil.
Jelas memandang hadapan diantara dua salam itu tidak sunnah. Maka tak perlu buat. Kerana masyarakat ketika melakukannya juga kerana diajar begitu oleh guru² terdahulu. Daripada kecil hal itu, dia akan membawa kepada perkara tidak sunnah yang lain. Tapi orang anggap macam sunnah.
Contoh, menyapu muka selepas salam dalam solat. Itu BUKAN SUNNAH. Tapi berapa ramai yang buat kerana anggap ia sebahagian dari penutup solat. Malah ada yang lagi meremehkan dengan kata "lepas salam kan dah habis solat, sukati lah nak sapu ke tak ke".
Sedangkan ketika perbuatan seperti ini tidak ditegur, ia akan jadi ikutan orang lain. Dan apabila jadi ikutan, orang akan anggap pula ia ibadah dan sunnah wal hal tak pernah dicontohkan pun oleh nabi salallahualaihiwasalam.
Nasihat saya, kita jangan remehkan hal² ibadah. Atau hal² agama juga. Bayangkan banyak benda yang mungkin kita rasa kecil, bakal beri impak besar. Remehnya makan duduk, itu sunnah. Remehnya kecil hasil riba, itu haram. Remehnya cebok selepas buang air itu sunnah. Remehnya melihat aurat di TV atau sosmed, tetap haram.
Wabillahitaufiq
Taufiq Tuah
19.01.26 | 29.07.47