Semua artikel

Tafsir: An-Nisa' : 83.

Ustaz Mohd Safwan Mohd Rusydi15 Jan 2022 4 min bacaan

Saiz tulisan
19px
OLEH: Ustaz Mohd Safwan Mohd Rusydi
Firman Allah:
وَإِذَا جَآءَهُمْ أَمْرٌ مِّنَ ٱلْأَمْنِ أَوِ ٱلْخَوْفِ أَذَاعُوا۟ بِهِۦۖ وَلَوْ رَدُّوهُ إِلَى ٱلرَّسُولِ وَإِلَىٰٓ أُو۟لِى ٱلْأَمْرِ مِنْهُمْ لَعَلِمَهُ ٱلَّذِينَ يَسْتَنۢبِطُونَهُۥ مِنْهُمْۗ وَلَوْلَا فَضْلُ ٱللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُۥ لَٱتَّبَعْتُمُ ٱلشَّيْطَٰنَ إِلَّا قَلِيلًا
"Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada - "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka; dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu)." (Surah An-Nisa' ayat 83)
Syeikh Abdurrahman As-Saadi r.h berkata:
هذا تأديب من الله لعباده عن فعلهم هذا غير اللائق. وأنه ينبغي لهم إذا جاءهم أمر من الأمور المهمة والمصالح العامة ما يتعلق بالأمن وسرور المؤمنين، أو بالخوف الذي فيه مصيبة عليهم أن يتثبتوا ولا يستعجلوا بإشاعة ذلك الخبر، بل يردونه إلى الرسول وإلى أولي الأمر منهم، أهلِ الرأي: والعلم والنصح والعقل والرزانة، الذين يعرفون الأمور ويعرفون المصالح وضدها. فإن رأوا في إذاعته مصلحة ونشاطا للمؤمنين وسرورا لهم وتحرزا من أعدائهم فعلوا ذلك. وإن رأوا أنه ليس فيه مصلحة أو فيه مصلحة ولكن مضرته تزيد على مصلحته، لم يذيعوه، 
"Ini merupakan pengajaran dari Allah ﷻ untuk hamba-hambaNya tentang perbuatan mereka yang tidaklah benar dan bahawasanya apabila datang kepada mereka suatu perkara penting dan kemaslahatan umum yang berkaitan dengan keselamatan dan kebahagiaan kaum Mukminin atau dengan kebimbangan yang mengakibatkan suatu musibah atas mereka, agar mereka memastikan terlebih dahulu dan tidak tergesa-gesa untuk menyebarkan berita tersebut, dan sebaiknya mereka menyerahkannya kepada Rasul dan kepada Ulil Amri di antara mereka iaitu orang-orang yang memiliki pandangan luas, ilmu, nasihat, kecerdasan, dan keteguhan, di mana mereka mengetahui urusan-urusan dan mengetahui kemaslahatan (kebaikan) atau kemudaratan. Dan apabila mereka memandang bahawa menyebarkannya mengandungi kemaslahatan (kebaikan) dan semangat bagi kaum Muslimin, bahkan kebahagiaan untuk mereka serta tindakan berhati-hati (waspada) terhadap musuh-musuh mereka, maka mereka boleh melakukan perkara tersebut. Dan apabila mereka memandang bahawa perkara itu tidak memiliki kemaslahatan (kebaikan), atau ada kemaslahatan (kebaikan) padanya akan tetapi mudaratnya lebih besar daripada maslahatnya, maka janganlah mereka menyebarkannya.
ولهذا قال: ﴿لَعَلِمَهُ الَّذِينَ يَسْتَنْبِطُونَهُ مِنْهُمْ﴾ أي: يستخرجونه بفكرهم وآرائهم السديدة وعلومهم الرشيدة. وفي هذا دليل لقاعدة أدبية وهي أنه إذا حصل بحث في أمر من الأمور ينبغي أن يولَّى مَنْ هو أهل لذلك ويجعل إلى أهله، ولا يتقدم بين أيديهم، فإنه أقرب إلى الصواب وأحرى للسلامة من الخطأ. 
Oleh kerana itulah Allah ﷻ berfirman, "tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka," iaitu, mereka dapat menyimpulkan suatu kebenaran dengan pemikiran dan pendapat-pendapat mereka yang lurus serta ilmu-ilmu mereka yang matang. Ayat ini merupakan dalil bagi sebuah kaedah moral iaitu bahawa apabila terjadi sesebuah perbahasan dalam sesuatu perkara, hendaklah perkara tersebut diserahkan kepada orang yang berhak atas perkara tersebut, dan tidak ada seorang pun yang didahulukan sebelumnya, kerana sesungguhnya ia lebih dekat kepada kebenaran dan lebih dapat selamat dari kesalahan
وفيه النهي عن العجلة والتسرع لنشر الأمور من حين سماعها، والأمر بالتأمل قبل الكلام والنظر فيه، هل هو مصلحة، فيُقْدِم عليه الإنسان؟ أم لا،فيحجم عنه؟ ثم قال تعالى: ﴿وَلَوْلَا فَضْلُ اللهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ﴾ أي: في توفيقكم وتأديبكم، وتعليمكم ما لم تكونوا تعلمون، ﴿لَاتَّبَعْتُمُ الشَّيْطَانَ إِلَّا قَلِيلًا﴾ لأن الإنسان بطبعه ظالم جاهل، فلا تأمره نفسه إلا بالشر. فإذا لجأ إلى ربه واعتصم به واجتهد في ذلك، لطف به ربه ووفقه لكل خير، وعصمه من الشيطان الرجيم.   
Dalam ayat ini terdapat larangan dari sikap tergesa-gesaan dan terburu-buru dalam menyebarkan suatu maklumat setelah mendengarnya, dan sepatutnya dalam perkara seperti itu perlulah difikirkan (terlebih dahulu) sebelum membicarakan dan membahaskannya, sama ada perkara tersebut mempunyai kemaslahatan hingga dia melakukannya (penyebarannya) atau tidak sehingga dia menahannya (dari menyebarkannya). 
Kemudian Allah ﷻ berfirman, "dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu," iaitu dalam membimbing, mengajarkan, dan mendidik kamu dengan apa yang belum kamu ketahui, "tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu)," kerana manusia dengan tabiatnya adalah zalim lagi jahil, dan nafsunya tidaklah menyuruhnya kecuali kepada kejahatan, namun apabila dia bersandar kepada Tuhannya dan berpegang teguh denganNya serta dia berjuang dalam perkara tersebut, nescaya Tuhannya akan mengasihi dan membimbingnya kepada segala kebaikan dan menjaganya dari syaitan yang direjam (terkutuk)." (Tafsir As-Saadi)