Semua artikel

ISTIQAMAH DAN ISTIREHAT

Taufiq Tuah12 Jun 2026 1 min bacaan

Saiz tulisan
19px
One big problem kita ni bukan sebab tak reti nak mulakan amal soleh. Tapi kadang amal soleh kita tu tak kekal. Kadang nak kena ikut mood. Kadang nak kena ikut selera.
Sayang sebab kita terlupa. Istiqamah itu sendiri pun sebenarnya ibadah. Banyak juga benda masa istiqamah ni perlu kita tengok.
Ada orang istiqamah rupanya beramal. Tapi ketika tiada orang, dia tak buat pun ibadah itu. Kadang dia mulakan amal soleh dan orang memujinya. Ketika pujian dah tak kedengaran, dia pun tak teruskan amal itu.
Kadang² kita bagi alasan. Tunggu kita jadi ustaz ke imam ke baru lah istiqamah. Kadang nak kena tunggu mood oke lah baru beramal. Ada lagi best tu nak tunggu Ramadhan baru istiqamah.
Sedangkan Allah sangat suka jika kita istiqamah walaupun sedikit. Kadang solat witir satu rakaat je setiap malam. Tu pun solat duduk. Tapi konsisten setiap malam. Bukan kah Allah suka?
Kadang tiap hari sedekah RM1 je. Balik² masuk tabung je wangnya biru. Sampai tabung tu naik biru juga. Tapi bukan ke Allah suka?
Kadang lepas solat, kita tak baca zikir panjang. Baca sikit subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar 33kali je. Tapi bukan ke Allah suka?
Kerana di sana adanya dalil
“Amalan yang paling dicintai oleh Allah ialah amalan yang berterusan (istiqamah) walaupun sedikit.” [Muttafaqun alaih]
Dan yang lebih baik pastilah ketika kita istiqamah, kita upgrade pula untuk menambah amal kita. Namun ketika ia tidak ditambah, halnya itu tetaplah namanya istiqamah.
Istiqamahlah. Janganlah asik istirehat saja. Wallahualam
Taufiq Tuah
18.01.26 | 28.07.47