Semua artikel

Kepentingan Tahu Cara Menguruskan Jenazah

Abu Zinnirah Azlan8 Dis 2020 2 min bacaan

Saiz tulisan
19px

 OLEH: Abu Zinnirah Azlan

Setiap anak2 laki dan perempuan wajib tahu uruskan jenazah..jgn kerana ianya fardhu kifayah kita lepas tangan..mana pergi tanggungjawab sebagai seorang anak..

Ingat apa yg nabi katakan..matinya anak adam putus semua amalan putus semua bekalan kecuali 3 hal...

-ilmu bermanfaat

-sedekah

-doa anak yg soleh

Mana pergi anak yg soleh jika semua urusan dilepaskan kepada orang luar..apa guna dilahirkan tetapi tidak tahu menguruskan ibu yg mengandungkan mu selama 9bulan dan ayah yg mencari nafkah buatmu siang malam...

Stand by kit jenazah dekat rumah..renungkannya setiap hari supaya ingat mati...bukan dah mati baru mencari..pepatah melayu mengatakan sediakan payung sebelum hujan..nampak remeh tapi kematian x menunggu persiapan..kematian datang pada bila2 masa..

Malaikat maut tidak menghantar sms atau whatsapp untuk beri peringatan kematian bakal tiba..kita sbg manusia apabila dilahirkan bersedia juga untuk kematian..ayat sgt cliche "aku lambat lagi nak mati buat apa nk simpan kit jenazah.." xda satu makhluk pun boleh bg jaminan esok kita hidup..

Xtau uruskan jenazah belajar..banyak kursus jenazah percuma di luar sana nak atau tidak shj..kaki melangkah ke tempat maksiat jadi rutinitas tetapi utk melangkah ke majlis ilmu berat..

Xnak beli kit jenazah boleh buat sendiri..boleh buat utk keluarga dan diri sendiri..ambil peralatan yg asas sperti :

-kain kapan bidang 60inci 9meter (SEMETER RM5)

-kapas 1 @ 2 gulung (1ROLL RM5)

-glove ( SEKOTAK RM15)

-mask (SEKOTAK RM30)

-sabun mandi (RM5)

-span (RM 3)

-serbuk cendana (RM1)

-kapor baros (SEBEKAS RM39.90)

-minyak wangi (RM5)

Kemudian beli cangkul dan scop stand by untuk gali lubang kubur..gali sekurang2nya 7kaki dalam dan 3kaki lebar...xtau gali belajar dari orang kubur mcm mn nak gali dgn baik..

Semua urusan jenazah jika dibuat sendiri kosnya free of cas sekiranya anak2 mengambil berat akan urusan keluarganya..hanya perlu keluar modal utk beli peralatan jenazah shj..

P/s: Jika kita tidak mampu melakukan urusan jenazah barulah upah orang lain utk menguruskannya..setiap sesuatu hal perlunya pengorbanan..kita mampu berhabis beribu2 duit utk bercuti, wayang, lepak, shopping, surfing, handphone, kereta dan lain2 lagi tetapi sangat berkira utk PERSIAPAN KEMATIAN KITA..

Mana pergi anak yg soleh yg nabi katakan.....


___________________________
Abu Zinnirah Azlan
Telegram:  https://t.me/gerakanpenamy
Facebook:  https://www.facebook.com/gerakanpenamy
Twitter: https://www.twitter.com/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
Sejarah: https://revolusimelayubaru.blogspot.com/
_____________________________