BILA PASANG RUQYAH, RASA HANTU MAKIN DEKAT. BILA PASANG LAGU DJ, TIBA-TIBA RASA SELAMAT?
Fiqh Hiburan12 Jun 2026 2 min bacaan
Saiz tulisan
19px
Saya ada baca posting penuh dari Public Health Malaysia (PHM). Dia bercakap dalam quote psikologi, namun komen² di sana amat membimbangkan.
1. Saya percaya tiada yg anggap lagu DJ itu selamat. Kalau ada, bilangannya sedikit. Malah saya percaya semua yang membaca Al-Quran merasakan ketenangan.
2. Jika ada yang tak tenang dengan Al-Quran, pastilah kerana dia hanya dengar namun hati jauh dari Quran. Tak mahu faham Quran, atau sengaja faham Quran ikut dan sendiri sahaja atau lagi teruk, anggap Quran sebagai jampi, bukan wahyu.
3. Mereka² ini yang buka Quran ketika takut santet dan penanggal. Letak Quran di ruang tamu agar toyol tak masuk rumah. Pasang audio ruqyah halau jin seperti pasang ubat Ridsect menghalau nyamuk.
4. Untuk orang yg seperti ini (yg saya percaya hanya sedikit), maka mungkin mereka terpalit dengan apa yang PHM kongsikan tadi. Jika anda ada terasa hal sama, sila muhasabah diri.
5. Pada Ramadan ini memang dianjurkan sangat kita dengan al-Quran. Ini bulan pahala digandakan dan ini bulan turunnya Al-Quran. Maka menggantikan Al-Quran dengan muzik sgt lah tercela. Ganti Quran dengan lagu nasyid pun dah buruk ni kan pula lagu DJ.
6. Saya faham PHM cuba bawakam psikologi manusia namun jika kita ada simtom sama pada Al-Quran, itu bermakna kita ada problem. Sama juga dengan takbir raya yang sepatutnya tanda kemenangan, tapi psikologi masyarakat umum Malaysia anggap ia kesedihan. Surah Yasin yg bnyk cerita tentang akidah dan kekuasaan Allah, akhirnya disinonimkan dengan mati oleh masyarakat kita.
7. Tak dinafikan vibe yg masyarakat umum kita ini juga salah. Sama salahnya dengan bacaan Quran buat kita lagi seram tadi. Maka pandang balik diri kita. Buka balik aqidah kita, Al-Quran dlm rukun iman kita tu sebenarnya apa.
8. Cadangan saya, selain dari kita tadarus Quran. Ada baiknya kita tadabur. Lazimi kelas tafsir Quran dengan penuh insaf. Berguru dengan guru yg benar. Dan aplikasikan faedah² itu dlm hidup kita. Wabillahitaufiq
Taufiq Tuah
20.02.26 | 02.09.47