Semua artikel

Wahai Wanita Jangan Cerita Kisah Gelap Anda Kepada Ustaz!

Ustaz Huzaifah Hadis10 Ogo 2021 1 min bacaan

Saiz tulisan
19px

OLEH: Ustaz Huzaifah Hadis

 Mohon sangat-sangat kepada para wanita jikalau ada sebarang masalah dalaman, kisah gelap dan seumpamanya supaya tidak sama sekali berhubung atau menceritakan masalah kepada para ust-ust. 

Tidak kira ust tersebut sealim bagaimana, popular bagaimana, warak bagaimana sekalipun hatta ust yang bergelar sunnah sekalipun.

Ini kerana mereka ini lelaki dan para lelaki ujian besarnya ialah para wanita. Mohon juga mereka memahami kenapa para ust ini ada yang langsung tidak ingin melayan kisah peribadi mereka bila diutarakan. 

Takut terjerumus dalam fitnah sebeginilah hakikatnya.

Boleh rujuk terus kepada para ustazah dan juga para agamawan yang muslimah. 

Ini hanya selaku peringatan semata. Tidak berkait dengan isu semasa ataupun apa sahaja.

Ingin bertaubat, kembali kepada Allah SWT hanya memerlukan istighfar, doa dan solat taubat. Segala dosa peribadi adalah terhijab hingga kita sendiri yang membukanya.

Ingat ya, asatizah bukan para malaikat yang tiada nafsu dan tiada dosa. Beza mereka dengan orang awam hanyalah kerana tanggungjawab dan amanah ilmu agama yang Allah berikan buat mereka untuk disebarkan.

P/s: Naif bagaimana seseorang wanita, buntu bagaimana fikirannya sekalipun, jangan sama sekali menceritakan hal peribadinya kepada pihak yang bernama ustaz. Kalau ingin bertanya sekalipun bertanya atas soalan umum, bukan kisah peribadi.

Syaitan bagi seseorang alim lebih licik dan lebih dahsyat berbanding syaitan bagi orang biasa.

[Gerakan PENA Malaysia]