Semua artikel

Kewajipan Membela Ulama Sunnah. Ulama Ialah Pewaris Para Anbiya

Ustaz Abid Annuriyy4 Jan 2022 2 min bacaan

Saiz tulisan
19px

 OLEH: Ustaz Abid Annuriyy

Menurut al-Imam Sufyan al-Thawri, Ulama Ahl al-Sunnah itu ghuraba’, wajib mengasihi mereka, berbuat baik kepada mereka, menjaga mereka dan mengambil ilmu dari mereka. Sampaikan salam kepada mereka. 

Menurut Abu Hazim, alim itu tidak mencari dunia (kemasyhuran, jawatan, harta) dengan ilmunya seperti menyembunyikan kebenaran, mengeluarkan fatwa sesat untuk menyokong kezaliman. Ahli Sunnah mencintai Ulama Sunnah dan bersama mereka sama ada dengan zahir mahu pun batin. Merekalah al-Jama’ah dan merekalah Ahl al-Haqq. Sesiapa mencintai ‘Ulama Sunnah, maka ia akan diampunkan walau ia fasiq dan kurang amal. Sufyan al-Thawri berkata, “Sesiapa yang tidak beradab dengan berbicara di hadapan ulama, tiada kebaikan boleh diharap daripadanya.” 

Ahl al-Sunnah membantu ulama Sunnah sekiranya mereka memerlukan bantuan, mencintai mereka, menjaga kehormatan mereka, merujuk kepada mereka, bersatu dengan mereka, menutup kesalahan mereka, jujur kepada mereka, bersih hati terhadap mereka, dan berusaha berkumpul bersama mereka. Inilah wala’. 

Adapun Ahli Bid’ah wa Nifaq, mereka membenci ulama Sunnah dan melabel Ulama Sunnah dengan pelbagai nama negative dan celaan buruk. Ini kerana kejelasan dan ketegasan Ulama Sunnah tidak menepati selera, citarasa dan pemikiran ahli bid’ah. 

Yahya ibn Ma’in berkata, “Sesiapa yang mencela Hammad ibn Salamah dan ‘Ikrimah  mawla Ibn ‘Abbas, maka raguilah keislamannya.”

Ulama Sunnah adalah wali-wali Allah dan pewaris-pewaris  ilmu Nabi. Sesiapa memusuhi wali Allah, Allah akan memeranginya. Mencela alim bermakna mencela Allah. Dalam dada ulama penuh dengan al-Quran, Hadith Nabi dan ucapan para salaf. Mereka itu disebut rabbaniyyun dan salafiyyun

Al-Hasan al-Basri berkata, “Dunia ini semuanya kegelapan melainkan majlis-majlis ulama.” 

Abu Darda’ r.a. berkata, “Siapalah kita, apalah kita, sekiranya tiada ucapan fuqaha’.” 

‘Abdullah ibn al-Mubarak berkata, “Sesiapa yang meremehkan ulama hancurlah Akhiratnya. Mencela ulama termasuk dosa besar.” 

Al-Imam Ahmad ibn Hanbal berkata, “Daging ulama beracun. Sesiapa yang menciumnya ia akan sakit. Sesiapa yang memakannya ia akan mati.” 

Al-Hasan ibn Zakwan al-Basri, “Jangan mencela ulama sedikitpun nescaya Allah mematikan hati kamu. Nabi saw telah melarang dari mencela ayam jantan, bagaimana dengan pewaris-pewaris Nabi yang mengajak kepada Allah?” (Adapun yang mengajak kepada syirik dan bid’ah seperti majority ustaz jadian ustaz bid’ah hari ini mereka itu bukanlah ulama pewaris nabi, bahkan mereka itu adalah musyrikin penyembah jin dan kubur)

[Gerakan PENA Malaysia]