Semua artikel

Pokok Kurma Paling Mahal

Taufiq Tuah12 Jun 2026 2 min bacaan

Saiz tulisan
19px
Kalau korang ada minat berkebun, usha² harga pokok dekat nursery tu. Anak pokok durian musang king harga waktu biasa RM40-RM100. Ikut saiz dan waktu jual. Kalau jual time pesta MARDI kadang ada yg lg murah. Tapi tu durian.
Anak pokok kurma Ajwa dgn Deglet Noor haritu ada nampak kat shopee dlm RM170 - RM300. Ni yg besar sikit lah. So, harga sebatang pokok yg dh boleh berbuah mungkin dlm RM400 ke atas. Yang memang ada dlm industri ni kalau boleh sahkan atau betulkan silakan.
Pointnya, pokok kurma sebatang tu harga dia agak mahal juga lah. Tapi ni nak cerita pasal pokok kurma paling mahal pernah dijual. Ni cerita zaman nabi dulu.
Ada seorang sahabat ni yg nk usahakan tanahnya. Tapi di atas tanah dia tu ada sepohon kurma yg bukan miliknya. Jadi dia minta tolong Rasulullah utk jd pengantara dgn owner pokok tu. Minta owner tu jual pokok tu dekat tuan tanah, nnt tuan tanah bayar lah sebatang je pun pokoknya.
Tapi ada imbalan masa tu, kalau owner pokok tu bagi je pokok tu dekat tuan tanah, owner tu akan dapat sebatang pokok kurma di syurga. Fuh..
Mesti owner pokok tu bagikan? Tak weyh. Dia tak bagi. Like seriously dia mmg berkeras taknak bagi.
Jadi nabi offer lah offer yg sama kpd sahabat lain. Siapa yg dapatkan sepohon kurma itu, akn dijanjikan sebatang pohon kurma di syurga. Abu Dahda dengar tawaran ni, dia terus lah nak deal dgn owner pokok tu.
Owner berkeras. Tapi Abu Dahda deal punya deal sampai dia offer seluruh kebun kurma miliknya sendiri, untuk sebatang pokok kurma itu. Owner setuju dgn harga itu.
Jadi Abu Dahda berikan pohon itu kpd nabi dan nabi ckp, "Aku melihat banyaknya tandan kurma yang Allah beri kepada Abu Dahdah ini di dalam syurga kemudian hari,”. Asalnyakan dijanjikan sebatang pohon je di syurga. Tapi rupanya Allah balas lebih dari itu.
Kemudian Abu Dahda pergi ke kebun yang dia dah guna utk tebus beli tadi. Dekat sana masih ada isteri dan anaknya. Lalu Abu Dahda ajar mereka berpindah sebab tanah kebub tu dah bukan tanahnya lagi. Abu Dahda menerangkan semua yg berlaku.
Kemudian isterinya berkata, "inilah perniagaan yang paling menguntungkan kita”. Tanpa ada sedikit pun bantahan. Begitulah para sahabat di zaman nabi salallahualaihiwasalam.
So berapa harga sepohon kurma tadi?
Satu pohon kurma tadi bernilai sekebun kurma yg luas. Ini pembelian yg tak masuk dek akal. Tapi kerana yakinnya para sahabat, sebenarnya sepohon kurma itu nilainya sangat lah murah.
Kerana dgn sepohon kurma itu, digantikan dgn sepohon kurma disyurga. Sekaligus menjadi jaminan bahawa Abu Dahda akan kesyurga. Malah Allah tambah lagi nikmat dengan tandanan pohon kurma yang banyak dan banyak. Wallahualam
Taufiq Tuah
03.01.26 | 13.07.47