ORANG BERIMAN MEMANG DIUJI
Taufiq Tuah12 Jun 2026 1 min bacaan
Saiz tulisan
19px
Surah Al-'Ankabut (29): Ayat 2-3: “Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan (hanya dengan) berkata, 'Kami telah beriman,' sedangkan mereka tidak diuji? Sungguh, Kami benar-benar telah menguji orang-orang sebelum mereka. Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui para pendusta.”.
Dari dalil ni by default org² beriman pasti akan diuji. Kadang kita pelik tgk kawan kita ni ahli ibadah, ahli ilmu tp bnyk betul ujian hidupnya.
Logik akal kita memberontak, "Ya Allah dia ni bnyk amal soleh pd-Mu lalu knp kau uji dia begitu dahsyat sekali?" Tp mmg itu lah kehendak-Nya. Tak layaklh seseorang itu mengaku beriman, tetapi dia tak diuji. Ujian di mcm mana?
Lihat ketika musibah dtg, adakah dia mula salahkan takdir. Atau mula berkalau-kalau. "Kalau aku buat mcm ni dulu, mesti...". Atau ada yg tidak berdoa pn kpd Allah. Dgn alasan "bende kecik je ni xkn nak doa". Atau ada yg meminta kpd selain Allah. Ada yg berdoanya lama kemudian putus harapn kerana makbul yg tak kunjung tiba. Ini semua ialah saat² getir yg menilai iman mereka.
Ketika ujian dtg, lidah mula menyalahkan segala sekelilingnya. Kita keluhkn musibah ini kpd org² yg bnyk dgn meminta simpati. Malah sanggup mengambil jalan yg haram demi permudahkan jln.
Ketika datang musibah, yg ptt dilakukan ialah muhasabah. Renung kembali apa dosa yg kita lakukan. Adakah makan minum kita dari rezeki yg haram. Apa lidah kita ungkapkan yg zalim.
Alangkah indahnya ketika mereka memilih doa dan sabar sebagai jalan. Usaha dan ikhtiar sebagai asbab. Dan sabarnya bakal terjawab dgn selesainya segala musibah.
Jangan igt jd org beriman itu semudah mengaku-ngaku mulut sahaja.
Taufiq Tuah
12.01.26 | 22.07.47