Semua artikel

AKU ISBAL KERANA KURUS

Taufiq Tuah12 Jun 2026 2 min bacaan

Saiz tulisan
19px

Santai cerita. Habis dari kerja, jumpa sekejap dengan sahabat saya Thalhah Mohd Zaki . Ye lah lepas Yayasan Bushra sibuk berpulun akal dan fikiran dalam memikirkan masalah ummat, rasa tak salah lepak sekejap dengan sahabat ini.

Tiba² sahabat ni cakap, "anta macam Abu Bakr eh?" . Saya tak faham. Dia pun pelik kenapa saya tak faham. Sebab dia dah beri buku baharu penulisan Dr Idris pada saya. Tapi saya masih juga tak faham atas segala asbab dan kata-kata.

Kami biarkan segalanya tergantung. Sehingga suatu ketika saya tanya, "apesal anta tanya kaitan ana dengan Abu Bakr RA?". Dia jawab, " Nampak sangat tak baca lagi buku tu". Lalu dia explain.

Hadith berkenaan Abu Bakr RA isbal.

".....Abu Bakr berkata, “Sungguh salah satu ujung seluarku biasa terjatuh akan tetapi aku selalu memperhatikannya.” “Engkau bukan melakukannya kerana sombong”, sabda Rasul shallallahu ‘alaihi wa sallam pada Abu Bakr." (HR. Bukhari no. 3655)

Rupanya baginda Abu Bakr RA seorang yang kurus. Sehingga sering sahaja seluarnya terlorot ke bawah. Maka baginda bukanlah orang yang sengaja isbal (Isbal = Memakai seluar menutup buku lali untuk lelaki).

Tapi perbuatan baginda sentiasa memperhatikan seluarnya itu, membuatkan Rasulullah kata, Abu Bakr lakukannya bukan kerana sombong.

Rupanya Thalhah tahu saya jarang sangat Isbal. Jadi apabila ada saya Isbal dan terangkat-angkat seluar, dia pun agaklah yang keadaan saya ialah seperti Abu Bakr RA tadi yang mana seluarnya terlorot sendiri.

Saya hanya angguk dan berlagak kurus. Walaupun asbab seluar saya jatuh kerana tali pinggang yang tak kemas dan bukan sebab kurus. Tapi tu lah. Masih teragak-agak boleh teruskan ambil makan macam biasa ke nak buat suku suku separuh.

Saya sedar adanya perbahasan tentang isbal. Namun saya memilih yang mengharamkannya. Sebab dalil sengaja isbal itu haram jelas dan banyak.

Tapi saya sarankan untuk tahu lebih dalam boleh cari buku ini https://idrissulaiman.com/produ.../kisah-abu-bakar-isbal/... . Sebarang perbahasan hukum, pastilah bukan pada saya nak berjidalnya. Buka hati dengan ikhlas, bacakan dengan insaf dan nilaikan. Insyaallah.

Taufiq Tuah

25.01.26 | 06.08.47