Segala Yang Baik Datang Dari Allah Dan Yang Buruk Datang Dari Kelemahan Saya Sendiri?
Taufiq Tuah12 Jun 2026 1 min bacaan
Saiz tulisan
19px
Biasa dengar tk org ckp, "yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari kelemahan saya sendiri..". Satu ayat yg nmpk humble, diucapkn selepas org² menyampaikan pengisian. Sejauh mana benarnya ayat ini?
Sebenarnya, segala yang baik dan yang buruk, kedua-duanya datang dari Allah. Malah Allah menyuruh untuk kita berkata begitu dari Surah An-Nisa ayat 78,
"“Katakanlah: semuanya itu adalah dari sisi Allah.”
Juga jelas dari Surah Al-Anam ayat 17,
"Jika Allah menimpakan kepadamu suatu keburukan, tiada yang dapat menghilangkannya melainkan Dia. Dan jika Dia menghendaki kebaikan bagimu, maka Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”
Jelas, semua yang baik dan buruk memang hanya datang dari Allah. Jadi adakah wajar kita mengatakan "Segala yang baik datangnya dari Allah, dan yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri"?
Jawapannya TIDAK WAJAR.
Kerana kita menselarikan nama Allah dengan diri kita. Dan meletakkan lawan kepada apa yg Allah buat, kita buat. Kerana tidak selayaknya begitu antara hamba dengan tuhannya.
Juga kerana Al-Quran telah jelaskan semuanya itu dari Allah. Sehingga ketika kita akui kelemahan kita sendiri itu, kelemahan diri itu juga dari Allah. Maka, memang semuanya dari Allah.
Dengan hanya mengatakan "Semua yang baik dari Allah.." tanpa menyebut "yang buruk" menunjukkan seolah-olah kita nafikan yang buruk itu dari Allah. Jadi apakah istilah yang boleh gantikan ayat itu?
Saya cadangkan, pertama mungkin tak perlu ungkap apa-apa. Terus direct ke tasbih kifarah.
Atau, ya lah saya faham kita nak ada ayat-ayat bungaan majlis. Jadi mungkin boleh sebut,
"Segala yang berlaku adalah dengan izin dan ketetapan Allah. Kami hanyalah hamba yang lemah dan sentiasa berhajat kepada rahmat-Nya"
Atau
“Segala urusan ini berlaku dengan kehendak Allah, dan kami memohon ampun atas segala kekurangan.”
Wallahualam
Taufiq Tuah
04.01.26 | 13.07.47