
Manipulasi Ayat-Ayat Al-Quran
Ustaz Huzaifah Hadis5 Mac 2020 1 min bacaan
Saiz tulisan
19px
OLEH: Ustaz Huzaifah Hadis
Selain hadith, ayat-ayat suci Al-Quran juga boleh dimanipulasi oleh golongan-golongan berkepentingan.Contohnya menggunakan ayat didalam surah al-Mumtahanah untuk menyatakan golongan kafir itu harbi dan wajib dimusuhi. Dalam rangka yang lain, jangan mengundi golongan kafir.
Tetapi bila mana calon yang dipilih itu merupakan daripada golongan kafir, maka mereka menggunakan ayat-ayat Al-Quran yang menyatakan golongan kafir boleh diundi dalam rangka muamalat bagi memenangkan golongan mereka.
Sedangkan hakikatnya para ulama sepakat tidak membenarkan diangkat golongan kafir untuk menjadi pemimpin kecuali atas kaum mereka bukan atas kaum muslimin.
Hatta sirah Nabawiyah pun jelas menunjukkan bahawa nabi tidak melantik pemimpin kafir untuk kaum muslimin. Dalam masa yang sama tidak menegah untuk melantik golongan kafir atas kaum mereka sendiri.
Begitu juga bila ingin menggalakkan amalan bersedekah, zakat dan berwaqaf kepada kelompok tertentu, mereka menggunakan ayat-ayat yang menceritakan tentang kelebihan sedekah, zakat dan mengaitkan dengan kelompok mereka. Sedangkan secara realitinya, ayat tersebut merupakan ayat sedekah yang umum misalan.
Maka orang awam yang tidak mengetahui terpedaya dengan manipulasi sebegini.
Bukan tidak boleh menggunakan ayat-ayat al-Quran didalam rangka motivasi, amaran, peringatan dan ancaman. Ia dibolehkan bahkan itulah tujuan utama Al-Quran diturunkan.
Cuma yang tercela, sikap selektif terhadap ayat-ayat tertentu dan menjadikan ianya khusus buat kelompok tertentu sedangkan ianya umum.
Memang tidak dinafikan marketing menggunakan "agama" ialah marketing yang paling berjaya sebab itulah ramai yang menggunakannya.
Tidak kira golongan peniaga, ahli politik mahupun kumpulan-kumpulan yang berjenama kan Islam.
Tetapi hakikatnya disebalik ayat-ayat Al-Quran, disana terdapat amanah ilmu. Bukan boleh goreng sesedap rasa untuk menunjukkan kamilah golongan itu.
Ingatlah, amanah ilmu itu berat. Ia akan ditanya dihadapan Allah kelak.
___________________________
Ustaz Huzaifah Hadis
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________