Semua artikel

Tatacara Puasa 6 Syawal

Fiqh Eid12 Mei 2022 2 min bacaan

Saiz tulisan
19px

 OLEH: Ustaz Idris Sulaiman

Umat Islam dianjurkan berpuasa 6 hari pada bulan Syawal berdasarkan sabda Nabi ﷺ: 

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالَ كَانَ كَصِيَامَ الدَّهْرِ.

"Barang siapa berpuasa Ramadan lalu berpuasa enam (hari) pada bulan Syawal maka ia seperti berpuasa sepanjang tahun."

[Sahih. Riwayat Muslim]

Puasa 6 Syawal ini afdalnya disegerakan dengan berpuasa enam hari secara berturutan. 

Jika tidak dapat disegerakan maka paling tidaknya dilakukan secara berturutan dengan dirangkumkan hari Isnin dan Khamis bagi meraih pahala berpuasa sunat pada kedua-dua hari tersebut. 

Bagi mereka yang hendak melaksanakannya secara berasingan (bukan berturutan) maka seeloknya dipilih hari Isnin dan Khamis agar dapat dihimpunkan kedua-dua pahala; pahala puasa 6 Syawal dengan pahala puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis.

Jika tidak maka boleh sahaja dilakukan puasa enam hari ini pada bila-bila masa sepanjang bulan Syawal.

Tetapi perlu diingatkan bahawa bagi mereka yang mempunyai puasa qada Ramadan maka hendaklah ia didahulukan. 

Ini kerana puasa qada adalah wajib dan ia perlu diutamakan berbanding puasa 6 Syawal yang hukumnya sunat. 

Tambah lagi, maksud hadis di atas “Barang siapa berpuasa Ramadan” ialah berpuasa Ramadan sepenuhnya. 

Maka orang yang mempunyai puasa qada Ramadan perlu menyelesaikan puasa gantinya dahulu sebelum dapat menunaikan puasa 6 Syawal.

Dan memandangkan puasa qada Ramadan berbeza dengan puasa 6 Syawal maka hendaklah kedua-duanya dilakukan secara berasingan. 

Jangan digabungkan puasa qada Ramadan dengan niat puasa sunat 6 Syawal. 

-------------------

CATATAN: 

Seeloknya dielakkan berpuasa sunat pada hari Sabtu. Jika dilakukan puasa 6 Syawal secara berturutan maka hendaklah dengan melangkaui hari Sabtu kerana adanya larangan berpuasa sunat pada hari tersebut. 

Larangan Puasa Sunat Hari Sabtu: http://gerakanpenamalaysia.blogspot.com/2019/06/puasa-sunat-enam-syawal-pada-hari-sabtu.html

Adapun berpuasa qada Ramadan pada hari Sabtu maka tiada masalah kerana ia puasa wajib.

-------------------

Wabillah al-taufiq.

[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI