Semua artikel

Antara Alasan-Alasan yang Tidak Diterima Di Akhirat Nanti

Ustaz Mohd Safwan Mohd Rusydi6 Jul 2020 2 min bacaan

Saiz tulisan
19px
OLEH: Ustaz Mohd Safwan Mohd Rusydi
1. Mengikuti perbuatan nenek moyang (orang2 dahulu) tanpa ada dasar dalam agama.
Allah SWT berfirman:
وَإِذَا قِيلَ لَهُمۡ تَعَالَوۡاْ إِلَىٰ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ وَإِلَى ٱلرَّسُولِ قَالُواْ حَسۡبُنَا مَا وَجَدۡنَا عَلَيۡهِ ءَابَآءَنَآۚ أَوَلَوۡ كَانَ ءَابَآؤُهُمۡ لَا يَعۡلَمُونَ شَيۡـٔٗا وَلَا يَهۡتَدُونَ
“Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah menurut kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (Al-Quran), dan kepada RasulNya (yang menyampaikannya)", mereka menjawab: "𝐂𝐮𝐤𝐮𝐩𝐥𝐚𝐡 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭𝐢 𝐝𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐧𝐞𝐧𝐞𝐤 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐫𝐣𝐚𝐤𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚". Adakah (mereka akan menurut juga) sekalipun datuk nenek mereka tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula mendapat hidayah petunjuk?”
 (Surah Al-Ma'idah: 104)
2. Mengikuti orang-orang besar dan ketua-ketua mereka.
Firman Allah SWT:
یَوۡمَ تُقَلَّبُ وُجُوهُهُمۡ فِی ٱلنَّارِ یَقُولُونَ یَـٰلَیۡتَنَاۤ أَطَعۡنَا ٱللَّهَ وَأَطَعۡنَا ٱلرَّسُولَا۠ ۝ وَقَالُوا۟ رَبَّنَاۤ إِنَّاۤ أَطَعۡنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَاۤءَنَا فَأَضَلُّونَا ٱلسَّبِیلَا۠ ۝
“Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: "𝐖𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐢, 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐭𝐮𝐡𝐢 𝐤𝐞𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤 𝐤𝐞𝐭𝐮𝐚-𝐤𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫 𝐤𝐚𝐦𝐢, 𝐥𝐚𝐥𝐮 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐬𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫.” (Surah Al-Ahzab: 66-67)
3. Menuruti kebanyakan orang dimuka bumi
Firman Allah:
وَإِن تُطِعۡ أَكۡثَرَ مَن فِي ٱلۡأَرۡضِ يُضِلُّوكَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِۚ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا ٱلظَّنَّ وَإِنۡ هُمۡ إِلَّا يَخۡرُصُونَ
“𝐃𝐚𝐧 𝐣𝐢𝐤𝐚 𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐫𝐮𝐭 𝐤𝐞𝐛𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢 𝐦𝐮𝐤𝐚 𝐛𝐮𝐦𝐢, 𝐧𝐞𝐬𝐜𝐚𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐬𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧𝐦𝐮 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.” 
(Surah Al-An'am: 116)
Ayat-ayat di atas merupakan peringatan Allah kepada kita agar hidup di dunia ini jangan hanya sekadar ikut-ikutan, membuta tuli, dan membabi buta semata-mata. Tetapi Allah SWT mengajarkan kepada kita agar mengikutiNya dan RasulNya menerusi dua peninggalan baginda kepada kita iaitu Al-Quran dan As-Sunnah yang sahih di atas pemahaman As-Salaful Ummah (Ahli Sunnah wal Jamaah).
Semoga Allah SWT membimbing kita semua agar senantiasa teguh di atas jalanNya yang lurus, tetap di atas agamaNya dan ketaatan kepadaNya.
___________________________
Ustaz Mohd Safwan Mohd Rusydi
_____________________________