Semua artikel

Takwil Rasyid Redha Tentang Hadis Dajjal

Ustaz Ahmad Fauzan Yahaya7 Feb 2021 1 min bacaan

Saiz tulisan
19px

 OLEH: Ustaz Ahmad Fauzan Yahaya

Antara tokoh yang takwil, yang menggunakan aqal membicarakan hadis خوارق الدجال dan tegar membuat takwilan keluar biasaan Dajjal, tentang takwilan roti, mengelilingi bumi selama 40 hari adalah tokoh Liberal Rasyid Redha yang mengingkari tentang kuasa dajjal ini.

Hal ini bukan hal yang ringan dari sudut aqidah,bahkan takwilan ini bukan perkara yang baru, kerana takwilan takwilan hadith Dajjal ini juga dipelopori oleh tokoh Muktazilah Abu Ali Al - Jubaie sebagaimana Imam Ibn Kathir menyebut dalam AlNihayah. Lalu amat hairan bg mereka yang mengaku Ahlis Sunnah terkesan dengan takwilan takwilan Muktazilah atau ahli ahli bid'ah yang lain..

Semua kekuasaan yang berada di tangan Dajjal berbentuk kemampuan untuk menurunkan hujan, memberikan kesuburan bagi orang yang membenarkan (perkataan)nya, juga kekeringan bagi orang yang mendustakannya, simpanan bumi yang mengikutinya, Syurga, Neraka, dan sungai-sungai yang Dajjal miliki, semuanya adalah ujian yang Allah turunkan, juga ujian agar orang-orang yang ragu menjadi sesat, manakala mereka yang yakin akan selamat, semuanya kerana perkara yang takuti dan imani., kerana itulah Nabi bersabda:

لاَ فِتْنَةَ أَعْظَمُ مِنْ فِتْنَةِ الدَّجَّالِ

"Tidak ada fitnah yang lebih besar daripada fitnah Dajjal."

Tidaklah salah hendak mengkaji, tapi perlu ada manhaj dalam meneliti. Manhaj salaf bukan Muktazilah atau Liberal..

Moga kita semua peroleh hidayah. 

[Gerakan PENA Malaysia]