Semua artikel

Peninggalan Nabi Salallahu Alaihi Wasalam Yang Penuh Keberkatan

Ustaz Zulfadhli Bin Mohd Razi16 Nov 2020 1 min bacaan

Saiz tulisan
19px

 OLEH: Ustaz Zulfadhli Bin Mohd Razi

Al-Qur'an merupakan peninggalan Rasulullah SAW untuk seluruh umat Baginda. Al-Qur'an, Kitab yang penuh barakah bua seluruh manusia. Allah berfirman (maksudnya):

"Dan ini (al-Qur'an), Kitab yang telah Kami turunkan dengan penuh berkat". 

(Surah al-An'am ayat 92)

Demikian juga dalam surah-surah lain Allah menyatakan bahawa al-Qur'an adalah Kitab yang penuh berkat, antaranya:

- Surah al-An'am ayat 155.

- Surah al-Anbiya' ayat 50.

- Surah Saad ayat 29.

Al-Shaikh Soleh al-'Usaimi mengariskan tujuh langkah bagi mendapatkan keberkatan melalui al-Qur'an, iaitu:

1- Keberkatan melalui membaca al-Qur'an. (Surah al-'Alaq, ayat 1-5)

2- Keberkatan melalui mendengar al-Qur'an. (Surah al-A'raf ayat 204)

3- Keberkatan melalui memperlajari ilmu al-Qur'an. (Surah al-Rahman ayat 1-2)

4- Keberkatan melalui mengamalkan al-Qur'an. (Surah al-An'am ayat 155)

5- Keberkatan melalui menjadikan al-Qur'an sebagai peringatan. (Surah Saad ayat 29)

6- Keberkatan melalui menjadikan al-Qur'an sebagai penawar. (Surah al-Isra' ayat 82)

7- Keberkatan melalui berhukum dengan al-Qur'an. (Surah al-Maidah ayat 50)

[Gerakan PENA Malaysia]