Kita Sedar Kita Mati
Taufiq Tuah12 Jun 2026 3 min bacaan
Saiz tulisan
19px
Mungkin ramai sangka, mati cuma tidur dan mimpi berpanjangan dalam kubur. Atau mungkin mati tu, cuma kena jawab soalan malaikat dalam kubur. Kadang kita terlalu simplified mati.
Sedangkn mati tu ialah transition kita ke alam lain. Ketika tubuh kita reput dimamah bumi, roh kita sedar dan roh kita igt segala apa yg kita jalani di dunia.
Kita ingatkan kita sorang. Tapi sebenarnya kita ada peneman. Jika amal kita excelent, peneman kita akan munculkan dirinya dengan rupa yg sgt baik. Kemudian kita tny dia ketika di alam kubur itu, "kau ni siapa? Tapi dari rupa kau ini sepertinya bakal membawakan hal-hal yang baik". Lalu peneman itu akan jawab, "Aku ialah amal kau di dunia dan aku akan menemani kau".
Jika amal kita teruk, peneman kita akan muncul dgn rupa yg sgt buruk. Kita pun tny, "Kau ni siapa? Daripada rupa kau ni bakal bawa hal-hal yang buruk. Nyah kau dari sini". Lalu peneman itu menjawab, "aku ialah amal-amal kau dan aku akan menemani kau". Ketika itu kita akan asyik cuba menghalaunya namun dia akan tetap ada sebagai peneman.
Peneman itu ialah amal-amal yang kita kerjakan di dunia. Jika amal kita baik, maka baiklah rupa peneman itu. Jika buruk, maka buruklah dia.
Ketika kita sedar, himpitan kubur akan menghimpit setiap orang. Ketika amalnya baik, dihimpit sehangat dakapan ibu kepada anaknya. Ketika amalnya buruk, himpitan itu ketat sehingga rusuk kiri bersilang dengan rusuk kanan.
Ketika kita sedar, tingkap akan dibukakan untuk kita. Ketika amal kita baik, hembusan dan tempias-tempias syurga masuk melalui tingkap itu. Beserta jelas kelihatan syurga itu. Lalu kita meminta agar kiamat percepatkan kiamat. Kerana tak sabar melihat betapa indahnya view tingkap itu.
Namun ketika amalnya buruk, maka tingkap itu dimasuki dgn tempias² neraka. Serta viewnya yang dahsyat keseramannya. Ketika melihatnya sahaja telah cukup terseksa. Lalu mereka meminta-minta agar kiamat ditunda-tundakan. Manakan tidak, di tingkapnya sahaja pun telah parah azabnya. Inikan pula jika benar² memasukinya.
Ketika kita sedar dengan aman di sana, kita akan berkata "alangkah baiknya kalau aku banyak beramal di dunia agar aku peroleh yang lebih baik dari ini". Ketika sedar dengan azab, kita akan berkata, " alangkah baiknya aku beramal agar tidak diseksa seperti ini".
Ketika kita sedar ini. Masih menghela nafas-nafas rezeki. Laburkanlah umur kita dengan amal-amal soleh. Apatah lagi amal yg bakal 'generate' income pahala yg berpanjangan.
Lahirkanlah ramainya zuriat yang soleh. Setiap zuriat itu bakal mengembangkan pahala-pahala. Rugilah mereka yang menyekat-nyekat zuriat tanpa sebarang uzur. Seolah-olah menyekat pahalanya untuk bertebaran.
Ajarkanlah ilmu yg bermanfaat kpd semua org. Setiap ilmu yg diamalkan dan disebarkan oleh org melalui lidah dan jari kita maka kita ada pahalanya. Tanpa mengurangkan pahala org lain sedikitpn. Rugilah mereka yg mengajarkan ilmu yg buruk. Kerana juga dosa² pengamal dan penyebarnya.
Bersedekahlah. Cabang pahalanya itu terlalu besar dan luas. Jika tak ada duit, sedekahlah dengan jasa dan titik peluh.
Mungkin kita belum penuh ilmu di dada. Lalu sebarkan ilmu bagaimana? Boleh tolong share, atau tolong editkan video atau sebarkan buku² yg bermanfaat. Mungkin belum banyak duit, maka setiap duri dijalanan yg kita tepikan itu sedekah. Jangan lah asik senyum-senyum saja.
Wallahualam
Taufiq Tuah
25.12.25 | 10.07.47
*Disclaimer: Tingkap hanya istilah saya sahaja. Dlm hadith sebut pintu atau ditunjukkan sahaja. Namun bagaimana keadaannya itu pastilah hny Allah yg tahu.