Islam Tak Akan Bersatu Untuk Palestin
Taufiq Tuah12 Jun 2026 3 min bacaan
Baru ni terlintas di tiktok lakonan pendek memberi mesej perlunya penyatuan semua umat Islam dlm bagi menanggani isu Ghazzah. Antara yg disindir ialah pertelingkahan mazhab aqidah, pertelingkahan boikot dgn tak boikot, pertelingkahan parti politik dan ada lah beberapa adegan.
Saya kira mesej lakonan itu sampai. Tapi saya rasa nak juga jawab lakonan itu. Kerana jawapannya ada, namun kita sering lupakan.
1. Saya minta maaf cakap, tapi ummat Islam tak akan bersatu. Ini hakikat. Ingat tak masa nabi doa utk kita tak berpecah lalu Allah tak makbulkan doa ketika itu?
"...dan tidak menimpakan permusuhan di antara mereka (kaum Muslimin), maka Dia menolaknya.” (HR Muslim).
Jadi memang akan berlaku perpecahan. Sehingga ada dalil lain pula sebut umat Islam akan berpecah kepada 73 golongan.
2. Jadi umat ini tak akan bersatu? Dia akan bersatu. Tapi Islam hanya akan bersatu di atas landasan aqidah yang sahih.
Ingat tak hadith 73 golongan tu? Hujung hadith tu sebut,
" 72 golongan akan ke neraka dan satu golongan akan ke syurga iaitu al-Jamaah...” [Riwayat Abu Daud (4597)]
Al-Jamaah ni ada bnyk lah ulama huraikan. Antaranya al-Jamaah ialah mereka yg bersama pemerintah (utk berlepas diri dari khawarij) atau pun yg bersama jamaah para sahabat. Yg ikut manhaj para sahabat.
Either one or both, dua² tetap sama. Iaitu aqidah yg benar dan sahih.
Asasnya kita tahu, aqidah yg benar itu hanya satu. Sebab hny satu saja yg ke syurga. Maknanya 72 aqidah yg lain ialah tidak benar. Takkan masuk neraka dikira benar.
3. Jadi penyatuan Islam itu kena berlandaskan aqidah. Ketika kita perjuangkan aqidah yg hak, pasti apa sahaja jalan menuju tujuan itu akan disokong bersama.
Jika kita mengharapkan "PAS dan UMNO kena bersatu", atau "IKRAM dan ISMA kena bersatu", atau "Ahli Sunnah dan Syiah kena bersatu", atau " Salafiyah dan Asyairah perlu bersatu", saya yakin kesatuan itu tak akan berkekal lama.
Jelas setiap dari nama yg saya sebutkan tadi ada firqah tersendiri. Apatah lagi, kebenaran tidak akan bersatu dgn kebatilan.
Maka menyatukan dua aqidah utk apa² tujuan bukanlah jalan. Walaupun ada yg kata "sementara ini kita bersama..", maka jelas kekuatan itu juga hanya sementara.
4. Ramai sahabat yg menulis ttg Salahuddin Al-Ayubi akhir² ini bila melibatkan Palestin. Saya juga setuju kita ikut kaedah baginda. Bagaimana baginda meruntuhkan Syiah dulu di dalam kerajaan dan tenteranya, sebelum berangkat menentang musuh. Jelas baginda tahu resepi ini.
Jadi jika pun berlaku penyatuan antara apa² entiti, pastilah ia kukuh kerana aqidah mereka yg jelas dan seiring.
5. Maka memang dakwah tauhid dan aqidah ini tak boleh dihentikan. Teruskan dan jangan bisukan. Kitab atau risalah aqidah ini mmg jgn dihentikan kajiannya.
6. Tanpa saya lupa utk sebut tentang wala kita sesama Muslim. Walaupun ahli kiblah. Itu hal yg patut dan perlu. Namun ketika mesejnya ialah penyatuan, pastilah aqidah kuncinya.
Bukan saya kata "oh kalau lain aqidah, tak perlu lah bantu". Kerana negara² tertindas dan terzalimi ini perlu dibantu (tak terbatas Palestin sahaja). Cuma nk bgtau penyatuan itu kuncinya aqidah.
Adapun perikemanusiaan, kebajikan saya yakin ada pada fitrah setiap manusia. Tinggal lagi ketika mereka menolaknya ialah kerana doktrin yg sampai kpd mereka. Doktrin busuk itu yg merosakkan manusiawi mereka. Wallahualam
04.10.25 | 12.04.47