Semua artikel

Mengaku Tahu Perkara Ghaib Jatuh Murtad

Abu Aqif14 Jun 2022 1 min bacaan

Saiz tulisan
19px

 OLEH: Abu Aqif

Barangsiapa yang mengaku melihat atau tahu tentang perkara ghaib BOLEH JATUH MURTAD, batal segala amalan. Jika mati sebelum bertaubat dia mati sebagaimana orang kafir mati.

Imam al-Qurthubi, ketika menafsirkan surah Al-Jin ayat 26-27, beliau berkata,

“(Para) Ahli nujum dan orang-orang yang seperti mereka (dukun, tukang sihir, bomoh) yang melakukan (ritual pendukunan) dengan memukul batu-batu kerikil, melihat buku-buku (perdukunan), atau mengusir burung (sebagai tanda sial atau untung), mereka itu bukanlah rasul yang diredhai-Nya untuk diperlihatkan-Nya kepada mereka perkara-perkara ghaib yang mereka inginkan, bahkan *mereka adalah orang yang KAFIR* (kepada-Nya), berdusta (besar) atas (nama)-Nya dengan kebohongan, penipuan dan prasangka (dusta) yang mereka (lakukan).” [Kitab al-Jaami' liahkaamil Quran 19/28].

Nabi ﷺ bersabda,

“Barangsiapa yang mendatangi bomoh atau tukang ramal kemudian membenarkan ucapannya, maka sungguh dia telah *KAFIR* terhadap agama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad ﷺ.” [HR Ahmad 2/429 dan al-Hakim 1/49, disahihkan oleh al-Hakim, adz-Dzahabi dan Syaikh al-Albani dalam Ash-Shahiihah no. 3387].

Syaikh Abdurrahman bin Hasan Alu Syaikh menjelaskan makna hadis di atas,

"Dalam hadis ini terdapat dalil yang menunjukkan *KAFIRNYA BOMOH dan tukang sihir*, kerana mereka *mengaku mengetahui ilmu ghaib*, yang ini merupakan kekafiran". [Kitab Fathul Majiid" hal. 356].

Selain bomoh, mereka juga dikenali sebagai dukun, ahli paranormal, sebahagian guna nama tabib, pawang. Terkini mereka juga menggunakan gelaran ustaz. Ciri-cirinya, mereka mengetahui perkara ghaib.

Mereka yang terjebak wajib bertaubat dengan sebenar-benar taubat. Perbanyakkan amalan yang sahih sehingga ajal menjemput disamping berusaha tidak mengulangi kemungkaran seperti ini lagi.

[Gerakan PENA Malaysia]