Semua artikel

Ke Manakah Kembalinya Kanak Kanak Muslim Yang Meninggal Dunia Sebelum Baligh ?

Ustaz Muhammad Fahmi Rusli7 Feb 2021 1 min bacaan

Saiz tulisan
19px

 OLEH: Ustaz Muhammad Fahmi Rusli

1- Kanak-kanak muslim adalah mengikut agama ibubapa mereka. Ini berdasarkan sabda Rasulullah - صلى الله عليه وسلم - :

لَيْسَ مِنْ مَوْلُودٍ يُولَدُ إِلاَّ عَلَى هَذِهِ الْفِطْرَةِ

Maksudnya : Tidak ada bayi yang dilahirkan melainkan ia berada di atas fitrah ini (Islam).

Riwayat Muslim (2658)

2- Juga berdasarkan kata-kata ‘Aisyah R.Anha dan ia tidak dinafikan oleh Rasulullah S.A.W, iaitu :

تُوُفِّيَ صَبِيٌّ فَقُلْتُ طُوبَى لَهُ عُصْفُورٌ مِنْ عَصَافِيرِ الْجَنَّةِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ "‏ أَوَلاَ تَدْرِينَ أَنَّ اللَّهَ خَلَقَ الْجَنَّةَ وَخَلَقَ النَّارَ فَخَلَقَ لِهَذِهِ أَهْلاً وَلِهَذِهِ أَهْلاً

Maksudnya : Seorang kanak-kanak lelaki telah meninggal dunia. Lalu aku berkata : Beruntunglah dia, dia merupakan satu burung daripada burung-burung syurga. Maka Rasulullah S.A.W bersabda : Tidakkah kamu tahu bahawa Allah telah menciptakan syurga dan neraka, lalu Allah telah menciptakan buat syurga itu ada penghuninya dan buat neraka itu ada penghuninya.

Riwayat Muslim (2662)

3- Oleh kerana itu Al Imam Al Nawawi - rahimahullāh - berkata :

أَجْمَعَ مَنْ يُعْتَدُّ بِهِ مِنْ عُلَمَاءِ الْمُسْلِمِينَ عَلَى أَنَّ مَنْ مَاتَ مِنْ أَطْفَالِ الْمُسْلِمِينَ فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ لِأَنَّهُ لَيْسَ مُكَلَّفًا

Maksudnya : Telah bersepakat mereka yang dikira sebagai sebahagian daripada ulama Islam bahawa sesiapa yang meninggal dunia dari kalangan kanak-kanak umat Islam maka dia merupakan ahli syurga kerana dia bukan seorang mukallaf.

Rujuk Al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, Al-Nawawi (16/207)

[Gerakan PENA Malaysia]