Semua artikel

BERSYUKUR, NESCAYA ALLAH AKAN TAMBAH

Taufiq Tuah12 Jun 2026 1 min bacaan

Saiz tulisan
19px
Bila hari² kita tengok asnaf ni, sebenarnya banyak buat kita rasa bersyukur. Buat kita rasa sebenarnya kita ni tak teruk sangat. Tak kiralah asnaf tu saya tgk di Yayasan Bushra ke atau di internet pun. Sebenarnya buat kita fikir beberapa jenak.
Bayangkn asnaf yg anaknya di sesi pagi, pulang ke rumah cepat utk berikn baju yg dipakai, utk dipakai pula oleh adiknya yg bersekolah sesi petang. Blum sbut lg anak yg xboleh sekolah.
Mereka yg suaminya sakit, takde transport untuk mendapatkn barang keperluan. Nasi lauk telur tu kira mewah. Motor rosak, nak repair pun kdg tak mampu. Pdhl dgn motor tu jg guna utk cari rezeki.
Anak sakit, tp takut nk pergi hospital. Kerana takut kosnya nnt yg tk mampu dibayar. Rumah rosak lampu bergelap. Begitulah mmg realiti.
Kdg kita driving pn mengeluh bila tersalah masuk simpang. Pdhl tak berat mana pn ujian tu. Kdg kita mengeluh baju tak sempat basuh, di tmpt lain baju mmg tak cukup.
Jadi refleks diri balik. Sebenarnya aku kena bersyukur. Dan tiap kali bersyukur, sbnrnya Allah akan tambah lagi nikmat bagi kita.
"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu,....."
Surah Ibrahim : 7
Taufiq Tuah
09.01.26 | 19.07.47