DAH KENA START QADA PUASA LEPAS
Taufiq Tuah12 Jun 2026 2 min bacaan
Saiz tulisan
19px
Ramadhan dah nak sampai. Jadinya lekas² lah kita tunaikan qada puasa kita yg lps. Jgn lh kita mengumpulkan puasa² yg tak terqada dgn bnyk sekali. Percayalah, itu bukan hobi 'collecting' yg bgs.
AMARAN: Kenapa kita tak puasa je bulan Ramadhan tu? Tak yah lah nak ganti². EXACTLY. Tapi Islam ni sangat sempurna. Hikmahnya tu sampai Islam memberi kelonggaran utk beberapa hal supaya dia tak puasa waktu tu, tk berdosa. Mcm org wanita haid (lelaki tk boleh haid), wanita hamil (lelaki tak boleh hamil), org yg sakit yg tak memungkinkan dia berpuasa, org musafir dsn.
Tapi kemudian dia ganti puasa tu pd waktu lain. Dan pastilah pahala berpuasa pada bulan lain tu tak akan setara pn dgn puasa di bulan Ramadhan.
FIDYAH TU APA?
FIdyah tu ialah penalti bagi mereka yg tak sempat mengqadakan puasanya. Cthnya dia kena qada 5 hari, tapi dia sempat buat 2 hari je sebab lepas tu dah masuk Ramadhan.
Jadi baki 3 hari yg tak sempat di qada tu perlulah difidyah. Fidyah bayar dgn apa?
1 hari tertinggal = bagi makan 1 orang miskin makan
Jadi kalau 3 hari tinggal, maka kenalah cari 3 orang miskin makan.
Tapi klau dia bayar fidyah tu dia kena puasa lagi tak? KENA puasa juga. (Ada keluasan bg yg tinggal kerana hamil).
Kalau dia sakit yg tiada harapan sembuh mcm mana nk ganti puasa?
Untuk pesakit begini, maka tidak perlu qada. Hanya WAJIB FIDYAH.
“dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.”
Surah al-Baqarah (184)
Jadi jika ada pesakit yg tak terdaya sembuh yg buatkan dia tak mampu berpuasa dalam jagaan kita, maka kita kena cakna lah atas fidyah mereka.
MANA NAK CARI ORANG MISKIN?
Asasnya, mana² orang miskin boleh. Namun yg lebih utama ialah utk kita berikan kepada org miskin di dalam keluarga kita. Kemudian, kejiranan kita.
Tapi kalau susah nk jumpa, insyaallah saya dengan Yayasan Bushra boleh tlg agihkan. Terutamanya untuk program iftar tahun ini. Boleh whatsapp https://wa.me/message/WRDLCWF2ONLPG1
Semoga semua amal kita diterima sebagai amal-amal soleh.
Taufiq Tuah
05.01.26 | 15.07.47